fbpx

Kempen harga istimewa Lexis Hotel untuk penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lexis Hotel Group menawarkan promosi istimewa khas kepada semua penjawat awam sempena kempen Chup!!! Jom Cuti-Cuti Lexis yang dilancarkan semalam.

Melalui kempen yang akan berakhir 30 Jun 2021 itu, ia memberi peluang kepada penjawat awam menginap di bilik-bilik terpilih di Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang pada harga bersih serendah RM240.

“Mereka yang berminat boleh membuat tempahan bilik yang diingini sebelum hari Rabu, 30 Jun 2021, melalui semua laman web rasmi Lexis Hotel dan Resorts.

“Pakej promosi ini juga ditawarkan dengan kredit makanan dan minuman percuma bernilai bersih RM100 tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini.

Melalui promosi berke­naan, bagi Lexis Port Dickson, penjawat awam ditawarkan harga bersih pakej bilik sebanyak RM240 untuk Premium Tower Room berbanding RM320 harga asal dan Premium Water Chalet berharga RM380 berbanding RM500 bagi harga asal.

Grand Lexis Port Dickson menawarkan RM480 untuk Deluxe Suite dan Executive Pool Vila berharga RM530.
Lexis Hibiscus Port Dickson menawarkan harga bersih RM530 untuk Sky Pool Villa dan RM550 bagi ka­tegori bilik Executive Pool Vila berbanding harga biasa masing-masing RM570 dan RM620.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN