fbpx
Noraini (kiri) berbincang dengan Zulkifli (kanan) mengenai cadangan penubuhan Universiti Quran hari ini.

KPT tubuh jawatankuasa perhalusi cadangan penubuhan Universiti Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan penubuhan Universiti al-Quran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, usul tersebut ada dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen semalam ketika penggulungan Belanjawan 2021.

Ujarnya, pihaknya juga telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Saya dan pengurusan KPT hari ini telah mengadakan perbincangan awal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berhubung cadangan penubuhan Universiti al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE

POPULAR