fbpx

Denda dan dipenjara jika sewakan premis untuk parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan hotel, kondominium dan apartmen berdepan tindakan denda dan penjara sekiranya menyewakan premis mereka bagi tujuan parti liar yang melibatkan penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak bermoral.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pemilik tersebut berdepan tindakan mengikut Seksyen 13(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita memandang serius gejala parti liar ini dan kali ini bukan mereka yang terlibat saja dikenakan tindakan malah pemilik juga,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan sama, Saiful Azly berkata, pihaknya menahan 67 individu termasuk 22 wanita dalam enam serbuan parti liar berasingan di Dang Wangi dan Wangsa Maju.

Katanya, kesemua mereka berusia 14 hingga 64 tahun itu ditahan dalam serbuan bermula 1 hingga 15 Disember lalu.

“Dalam serbuan itu kita merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ketamin, ganja, pil ekstasi dan pil Erimin 5.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif syabu, Amphetamine, ganja dan Benzodiazepine,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) dan 15 (1) (a) ADB 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI