fbpx

Buaya suka makan keropok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya yang didakwa suka memakan keropok berbanding daging ayam. - BANGKAPOS

JAKARTA – Buaya amat sinonim dengan sifat ganas dan suka memakan daging, namun lain pula halnya dengan seekor haiwan itu yang sering muncul di Desa Mancung, Kecamatan Kelapa, Kabupaten Bangka Barat, Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Tribun News.

Buaya liar yang diberi nama Kobleh itu dikatakan suka memakan keropok yang diberikan penduduk kampung di situ.

Seorang penduduk, Imam Algazali berkata, buaya berkenaan sering muncul di bawah jambatan di kawasan sungai kampung itu pada waktu pagi dan petang.

“Terdapat lebih kurang tiga hingga empat ekor buaya yang sering muncul di bawah jambatan ini dan hanya seekor didapati amat menyukai keropok.

“Kawanan buaya ini kebiasaannya akan muncul sekitar pukul 8 pagi dan 2 hingga 5 petang setiap hari,” katanya.

Imam berkata, insiden yang menyebabkan buaya tersebut menggemari keropok berlaku beberapa tahun lalu ketika haiwan berkenaan dikatakan baru berusia dua tahun.

“Terdapat seorang peniaga keropok membawa barang jualannya ke tepi sungai ini setiap hari lalu dia mencampakkan beberapa keping makanan tersebut ke dalam sungai.

“Buaya tersebut yang ketika itu berusia dua tahun didapati memakan keropok berkenaan dan lama-kelamaan ia sudah terbiasa hingga ke hari ini,” ujarnya.

Tambah Imam, buaya yang didakwa sering muncul di kawasan berkenaan sejak tahun 2012 itu didakwa dijaga oleh seorang dukun bagi memastikan ia tidak mengganas dan mengganggu penduduk setempat.

“Buaya ini kelihatan jinak kerana ia dijaga oleh seorang dukun dan terdapat pantang larang yang perlu diikuti supaya ia tidak mengganas.

“Dukun itu memberitahu, orang ramai tidak boleh membuang telur dan pisang ke dalam sungai, dilarang memukul atau melempar batu ke arah buaya dan elakkan daripada memberi makan keropok menggunakan tali untuk mengelakkan haiwan itu marah,” jelasnya. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI