fbpx

Presiden Pas dijadual menghadap Sultan Perak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

IPOH – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta esok.

Perkara tersebut disahkan Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini.

Mohd. Annuar berkata, Presiden Pas tersebut dijangka menghadap Sultan Nazrin pada pukul 11 pagi.

Sebelum ini, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak iaitu Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd. Akmal Kamarudin (Selama) dan Khalil Yahya (Kubu Gajah) menzahirkan permohonan ampun kepada pihak istana di atas kekhilafan mereka kerana tidak hadir menghadap baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI