fbpx

MR. DOLLAR buka cawangan ke-10 di Sunway Giza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kedai runcit harga tetap, MR. DOLLAR membuka cawangannya yang ke-10 di Sunway Giza, Petaling Jaya pada 7 Disember lalu untuk menawarkan pelbagai barangan pada harga patut buat komuniti setempat.

Sempena pelancaran tersebut, pelanggan bakal menikmati pelbagai promosi menarik di cawangan baharu itu untuk tempoh tiga hari bermula 18 Disember hingga 20 Disember ini.

Antaranya ialah pemberian minuman percuma, bergambar bersama Santa Claus, bijirin sarapan Milo dan Koko Krunch percuma bagi setiap pembelian minimum RM30, dan acara Beli Apa Saja selama 60 saat untuk setiap pelanggan ke-100 daripada 1,000 orang pelanggan.

Selain itu, setiap cawangan MR. DOLLAR turut menyediakan pelbagai promosi menarik sepanjang Disember ini, seperti Beli 1 Percuma 1, Tawaran Bundle, Hadiah dengan Pembelian, Belanja dan Menang serta banyak lagi.

Andy

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, persepsi biasa bagi kedai konsep harga tetap adalah laluan yang sempit, produk tidak tersusun rapi dan persekitaran kurang selesa.

“Ini menjadikan pengalaman membeli-belah yang tidak menarik hanya untuk mendapatkan barangan berharga rendah dan MR. DOLLAR menepis persepsi negatif ini dengan penyediaan laluan yang luas dan persekitaran berhawa dingin.

“Paling utama, para pelanggan boleh membeli pelbagai jenis rangkaian produk dalam 10 kategori pada harga tetap ‘Always RM2 or RM5’,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Menurut Andy selepas pelancaran cawangan pertama MR. DOLLAR di Cheras Ogos lalu, pihaknya menerima banyak maklum balas positif yang seterusnya membawa kepada pertumbuhan pesat dari segi jumlah cawangan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook @mrdollarmalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI