fbpx

PM arah penghantaran vaksin dipercepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas pada Majlis Sambutan Deepavali 2020 Peringkat Dun Gambir, Muar hari ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI

MUAR – Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kesihatan agar penghantaran vaksin yang sepatutnya tiba pada Mac ini dipercepatkan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengarahkan agar penghantaran dilakukan segera sama ada ia berkesan atau sebaliknya.

“Kalau hendak tunggu ujian macam biasa vaksin, mungkin dua tahun lagi tidak dapat bekalan. Saya sudah arahkan sama ada ia berkesan atau tidak berkesan dipercepatkan, jangan sampai rakyat marah Perdana Menteri.

“Jadi saya minta kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba untuk pesan kepada pembekal agar mempercepatkan penghantaran vaksin yang sepatutnya tiba Mac ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Deepavali Dewan Undangan (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil di sini hari ini.

Pada 27 November lalu, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau juga telah mengarahkan Dr. Adham dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin melakukan rundingan agar stok vaksin ditambah daripada 30 peratus kepada 60 hingga 70 peratus.

Katanya, perkara itu atas atas nasihat Kementerian Kesihatan dan sekiranya jumlah itu dapat dipertingkatkan, maka ia lebih terjamin agar rakyat dihadapi virus Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI