fbpx

Penyepit kayu tusuk tekak budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki di China tertusuk penyepit sepanjang 20 sm di dalam tekaknya. – WeChat/Modern Express

BEIJING – Seorang kanak-kanak lelaki bernasib baik apabila selamat dibedah untuk mengeluarkan sebatang penyepit kayu berukuran 20 sentimeter (sm) panjang yang tertusuk ke dalam tekaknya.

Pesakit yang dikenali sebagai Lin Lin dibedah di Hospital Pakar Kanak-Kanak Nanjing, timur China pada 29 November lalu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Kejadian berlaku semasa Lin Lin sedang memakan sebiji epal yang dicucuk menggunakan sebatang penyepit kayu sambil menunggang basikal.

Bagaimanapun, Lin Lin tiba-tiba hilang imbangan lalu terjatuh dan kayu penyepit itu tertusuk ke dalam mulutnya.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital. Imbasan Tomografi Berkomputer dan ujian X-ray menunjukkan sebahagian besar penyepit kayu itu sudah menembusi tekak ke bahagian belakang leher.

“Penyepit yang tertusuk itu tidak mencederakan salur makanan dan saluran udara pesakit namun, masih boleh me­rosakkan arteri vertebra dan saraf servik ketika dibedah. Ini boleh mengancam nyawa,” kata seorang doktor.

Lin Lin dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk pengawasan selepas dibedah.

Dia juga diberi rawatan selama satu minggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN