fbpx
Rina menyerahkan sumbangan kepada sebahagian penerima sumbangan barangan keperluan asas kepada keluarga B40 Kampung Bukit Bangkong hari ini.

Kementerian pandang serius jenayah babitkan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memandang serius insiden jenayah membabitkan kanak-kanak yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata,  pihaknya  perlu mencari faktor yang menyumbang kepada insiden itu agar ia tidak berulang lagi.

Katanya, faktor tekanan emosi, psikologi atau masalah lain akan dikenal pasti sehingga menyebabkan kanak-kanak menjadi mangsa.

“Kita tak nak perkara begini berulang lagi, apakah puncanya, isunya perlu diselesaikan, adakah mereka alami tekanan emosi dan akhirnya anak-anak menjadi mangsa,” katanya selepas menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada keluarga B40 Kampung Bukit Bangkong di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang, Sungai Pelek di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes membabitkan kecederaan terhadap seorang bayi 20 bulan dilaporkan apabila bapanya mengamuk dan didakwa menikam perut anaknya itu di Perumahan Flat Puchong Permai, Subang Jaya.

Sementara itu, Rina berkata, kementerian  sedang menyusun balik struktur agensi seperti Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)  di mana kita akan menambah 8,000 kakitangan baharu pelbaga jawatan pada tahun depan dalam menangani pelbagai isu.

“Permohonan pertambahan ini telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dijangka diluluskan tahun depan.

“Pertambahan ini akan memberikan lebih peranan pegawai JKM itu terhadap tugas-tugas yang diberikan dan pada masa sama, kesedaran komuniti setempat juga diperlukan bagi menangani masalah ini daripada terus berlaku,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN