fbpx

Foto tayang cincin hanya gimik – Harris Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO muzik lagu Anugerah nyanyian Harris Alif menampilkan kemunculan istimewa kekasihnya Intan Ladyana.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Harris Alif baru-baru ini hangat diperkatakan netizen apabila memuat naik sekeping foto memegang cincin seakan-akan sedang melamar kekasihnya, pelakon Intan Ladyana.

Bagaimanapun, Harris menjelaskan, foto tersebut sekadar gimik dan merupakan satu babak dalam video muzik single terbaharunya berjudul Anugerah yang diluncurkan pada 10 Disember lalu.

Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, berkata, meskipun hanya gimik, namun lagu tersebut memang dicipta khas serta ditujukan buat kekasihnya.

“Biasalah kalau penyanyi nak berkongsi gambar babak-babak dalam video muzik lagu mereka.

“Bila kita nak keluarkan satu-satu lagu atau projek baharu, kita kena bagi sesuatu yang buat orang tertunggu-tunggu.

“Jadi boleh dikatakan ini sebagai gimik juga. Single ini saya tujukan buat Intan kerana ia merupakan lagu romantis yang boleh dikaitkan dengan kisah cinta sesiapa jua,” tulisnya.

Difahamkan, pasangan tersebut kini sedang sibuk membuat perancangan untuk ke fasa seterusnya dan akan melangsungkan pernikahan tanpa majlis pertunangan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI