fbpx

Pemilihan Yusri bukan semberono

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUSRI (tengah) bersama barisan kejurulatihan akan membimbing Skuad Projek FAM-MSN yang bakal bersaing dalam kancah Liga Premier musim depan.

KEPAKARAN pengendali me­ningkat naik, Yusri Che Lah dalam mengetengahkan bakat muda menjadi antara faktor utama beliau dipilih sebagai ketua jurulatih Skuad Projek Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)-Maj­lis Sukan Negara (MSN) musim depan.

Penolong Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee optimis pelantikan bekas pengendali skuad Kelantan itu bukan pemilihan ‘semberono’ sebaliknya me­lalui proses penilaian teliti yang diputuskan dengan menerima persetujuan semua pihak.

Kim Swee berkata, pengalaman luas dimiliki Yusri sebagai jurulatih dan bekas pemain kebangsaan juga menjadikan beliau individu tepat membimbing Skuad Projek FAM-MSN yang bakal bersaing dalam kancah Liga Premier musim depan.

“Pelantikan Yusri bukan hanya pelantikan biasa, kita tahu beliau mempunyai pengalaman luas sebelum ini dengan pemain muda. Berdasarkan statistik, Yusri te­lah menurunkan ramai pemain muda ketika beliau bersama Kelantan dan Kuala Lumpur.

“Saya rasa ini pemilihan yang cukup tepat dan Yusri mempunyai pengalaman bukan sahaja sebagai jurulatih tetapi juga pengalaman luasnya selaku bekas pemain kebangsaan,” katanya.

Yusri yang berasal daripada Perlis memulakan kerjaya selaku jurulatih pada tahun 2009 dengan membimbing skuad Piala Presiden serta Sukan Malaysia (Sukma) Perlis, pasukan MyKids dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Felcra FC, Kuala Lumpur dan Kelantan.

Bersama Skuad Projek FAM-MSN, Yusri akan dibantu penolong jurulatih Noor Zaidi Rohmat, Hamsani Ahmad (jurulatih penjaga gol) dan Nor Ikhmar Madarsa (jurulatih suaian fizikal) dengan sokongan Institut Sukan Negara (ISN) sebagai anggota sokongan sains, perubatan dan teknologi sukan.

Mengulas lanjut, Kim Swee yakin barisan pemain muda yang dipilih nanti memerlukan pendedahan di peringkat tinggi dalam pembangunan karier dan intensiti saingan Liga Premier dilihat paling ideal buat mereka.

“Kita tahu Liga Premier me­rupakan satu tahap yang boleh dikatakan kompetitif untuk pemain berusia peringkat remaja. Saya tidak katakan pasukan ini (Skuad Projek FAM-MSN) akan dibelasah tetapi tujuan kita adalah untuk mendedahkan mereka di peringkat lebih tinggi.” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI