fbpx

Anak Beyonce tercalon Anugerah Grammy 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jay Z (kiri) bersama Blue Ivy dan Beyonce (kanan). - AFP

LOS ANGELES – Anak kepada pasangan selebriti Hollywood Beyonce dan Jay-Z, Blue Ivy  Carter mencipta sejarah tersendiri apabila tercalon dalam Anugerah Grammy 2021 di usia lapan tahun.

Pencalonan Carter termasuk dalam kategori Video Muzik Terbaik untuk lagu Brown Skin Girl bersama Beyoncé dan WizKid setelah Akademi Rakaman mengemas kini senarai artis yang dicalonkan, baru-baru ini.

Menurut laporan portal E!, Carter bakal bersaing dengan penyanyi senior iaitu Drake (Life is Good), Anderson Pakak (Lockdown) Harry Styles (Adore You) dan Woodkid (Goliath).

Anak sulung Beyonce itu hanya setahun lebih tua daripada pemenang termuda Anugerah Grammy,  Leah Peasall yang memenangani kategori Album Terbaik Runut Bunyi bersama kumpulannya, The Peasall Sisters pada tahun 2001.

Anugerah Grammy 2021 dijangka berlangsung pada 31 Januari tahun hadapan Staples Centre, Los Angeles.

Tahun ini, penyanyi muda Amerika Syarikat (AS)  Billie Ellish menjadi penerima anugerah terbanyak dengan membolot lima kategori termasuk Artis Baharu Terbaik dan Lagu Terbaik 2020. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI