fbpx

Shopee kerjasama dengan 1,000 perniagaan sempena 12.12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua ShopeePay, Alain Yee (tengah) bergambar bersama rakan niaga yang menawarkan produk dan perkhidmatan mereka di platform Shopee sempena jualan 12.12 yang bakal berlangsung.

PETALING JAYA – Platform jualan online, Shopee mengumumkan kerjasama baharu dengan lebih 1,000 perniagaan sempena meraikan ulang tahunnya yang kelima melalui Jualan Ulang Tahun 12.12.

Kerjasama tersebut melibatkan pusat beli-belah, pawagam, kedai makanan dan minuman, stesen minyak, salon kecantikan dan pelbagai perniagaan lagi.

Ketua Pengurusan Peniaga Shopee Malaysia, Zed Li berkata, melalui kerjasama itu, para pengguna dapat menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12, tawaran RM1 semasa jualan ‘Shocking Sale‘, aiskrim FamilyMart percuma setiap hari daripada Shopee Farm, dan banyak lagi.

Katanya, Shopee juga memperkenalkan rancangan permainan langsung baharu, ‘Shopee Kotak Duit’ yang memberi ganjaran wang tunai hingga RM12,000 kepada pengguna.

“Rancangan ini disiarkan di Shopee Live pada pukul 9 malam setiap hari Isnin hingga Khamis dengan sesi istimewa pada 11 dan 12 Disember. Pengguna yang bertuah perlu menjawab satu soalan mudah sebelum diberi peluang untuk membuka satu daripada enam kotak yang disediakan.

“Setiap kotak mengandungi nilai yang berbeza dengan nilai tertinggi berjumlah RM12,000. Sejak dimulakan, rancangan permainan tersebut telah memberi ganjaran kepada dua orang peserta masing-masing dengan wang tunai sebanyak RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Zed Li

Menurut Li, Shopee turut menyajikan hiburan kepada penggunanya dengan rancangan countdown secara langsung – 12.12 Birthday Bash pada 11 Disember dari pukul 9 malam.

“Disiarkan di Shopee Live, Astro Ria, Astro Gempak dan YouTube, konsert ini dibarisi bintang ternama seperti Sheila Majid, Faizal Tahir, Ruffedge, Misha Omar, Khai Bahar dan Dolla.

“Para pengguna juga berpeluang memenangi 12 juta Syiling Shopee daripada Goyang Shopee dan Shopee Tangkap, serta hadiah wang tunai bernilai hingga RM24,000 dengan bermain Shopee Kotak Duit,” katanya.

Mengulas lanjut, Li berkata, tahun 2020 telah membuka mata kita dan menunjukkan kepentingan dan kemampuan teknologi untuk benar-benar membolehkan sesuatu perubahan positif.

“Kami terus komited dalam memacu pertumbuhan e-dagang pada tahun 2021 dan selanjutnya dengan membawa elemen ‘sentuhan manusia’ kepada pengalaman membeli-belah atas talian,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jualan Ulang Tahun Shopee 12.12, layari https://shopee.com.my/m/12-12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI