fbpx

Penduduk Taman Serimbun pula kecoh pintu rumah diketuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Syafiq menunjukkan pintu kaca rumahnya diketuk dalam kejadian awal pagi tadi di Taman Serimbun, Iskandar Puteri.

ISKANDAR PUTERI – Penduduk sekitar Taman Serimbun, di sini gempar apabila misteri ketukan pintu mula menyelubungi mereka awal pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Serimbun, Mohd. Syafiq Mohd. Bani berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.36 pagi selepas dia pulang daripada keluar minum bersama rakan di kawasan berdekatan.

Menurutnya, sebelum tidur dia bermain telefon bimbit sebelum terdengar bunyi ketukan pintu hadapan dan belakang rumah sebanyak kira-kira 10 kali.

“Semasa saya baring, tiba-tiba terdengar macam orang ketuk pintu, mula-mula ingat macam angin ke apa tapi tak ada pula ribut, bila dah lama diketuk saya rasa pelik.

“Lepas tu dia diam sekejap, selang beberapa saat pintu belakang rumah pula diketuk, bunyi kuat, tak sangka pula kami alami benda ini sendiri, penduduk sini pun dah berjaga-jaga dengan kejadian sama yang berlaku beberapa tempat di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan,”katanya.

Mohd. Syafiq berkata, susulan kejadian itu dia terus menghubungi pengawal keselamatan untuk melakukan rondaan di kawasan sekitar perumahan.

Namun pengawal keselamatan memaklumkan tiada kelibat manusia atau orang tidak dikenali.

Jelasnya, dia memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga tiada penampakan kelibat manusia atau haiwan berkeliaran.

“Saya cuba tanya dekat kumpulan WhatsApp penduduk taman, beberapa orang juga memaklumkan terdengar ketukan pintu tersebut.

“Saya ingatkan keluarga saya sahaja yang terdengar tetapi jiran-jiran yang lain juga terdengar termasuk jiran berketurunan Cina dan India,”katanya.

Bimbang keselamatan penduduk, Mohd. Syafiq membuat satu laporan di Balai Polis Nusa Bestari di sini pada pukul 7.30 pagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI