fbpx

160 dicekup, tujuh tokan berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLEE (kanan) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini.

MELAKA – Seramai tujuh tokan dadah berdepan hukuman gantung selepas dicekup sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri dalam Ops Tapis yang dijalankan selama tiga hari sehingga semalam.

Ketujuh-tujuh tokan berusia antara 21 hingga 45 tahun itu dicekup dalam empat serbuan berasingan di tiga daerah negeri ini dengan masing-masing menjalankan kegiatan mengedar dadah jenis syabu dan heroin.

Turut dicekup sepanjang Ops Tapis tersebut adalah 160 individu lain berusia 18 hingga 68 tahun yang dikesan terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, dua tokan berusia 21 dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Krubong selepas didapati memiliki dadah jenis heroin (110 gram) dan syabu (13 gram) bernilai RM4, 650 pada 8 Disember lalu.

Katanya, pada hari sama, seorang lagi tokan berusia 45 tahun ditangkap dalam ladang kelapa sawit di Kuala Linggi, Alor Gajah dengan rampasan dadah heroin (55. 45 gram) bernilai RM2, 700.

“Pada 9 Disember kita berjaya mencekup seorang tokan berusia 21 tahun di sebuah rumah di Merlimau, Jasin yang menyimpan dadah syabu (47 gram) dan syabu (1.0 gram) bernilai RM2, 450.

“Tiga lelaki tokan dicekup dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Rambai, Jasin dan merampas dadah syabu (3.20 gram) serta heroin (21 gram) bernilai RM2, 500,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sepanjang Ops Tapis selama tiga hari itu, polis berjaya merampas keseluruhan 144. 46 gram dadah jenis syabu dan heroin (256.55 gram), ganja (21.25 gram), air ketum (225 liter), daun ketum (9 kilogram) dan 125 kotak rokok seludup bernilai keseluruhan RM100, 000.

“Kesemua 160 suspek lain termasuk empat wanita yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 pindaan 1998, Seksyen 12(3) ADB 1952 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

“Kita juga menyita sebuah kereta jenis Honda dan enam buah motosikal bernilai RM80, 000 yang dipercayai digunakan suspek bagi aktiviti pengedaran dadah di sekitar negeri ini.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti pengedaran dadah bagi bersama-sama membanteras kegiatan berkenaan.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI