fbpx

RMHC sumbang 14 set peralatan terapi deria kepada PDK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bersempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia, Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) menyumbangkan 14 set peralatan terapi deria kepada 14 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negara di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).

Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia merangkap Presiden RMHC Malaysia, Azmir Jaafar berkata, setiap set peralatan yang dipanggil Sensory Integration Gym mempunyai 12 jenis permainan bersifat lembut yang bernilai RM10,000 akan dipasang di PDK setiap negeri.

Menurut beliau, ahli terapi pekerjaan daripada RMHC Malaysia akan memberi latihan sepanjang tahun kepada kakitangan PDK di pusat pemulihan terpilih.

“Peralatan tersebut adalah set latihan kemahiran deria motor untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas meningkatkan keseimbangan serta koordinasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis penyampaian sumbangan yang disampaikan ikon komuniti, Senator Ras Adiba Radzi, yang menerima bagi pihak komuniti OKU.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil JPOKU dan JKMM di sini baru-baru ini.

Azmir menjelaskan, selain menikmati pengalaman bermain yang fleksibel, set latihan kemahiran yang serba lengkap itu juga dapat menyokong pembangunan deria motor dan latihan keseimbangan.

Pelbagai bentuk permainan di pusat permainan akan mewujudkan kombinasi dan cabaran tanpa had demi perkembangan fizikal kanak-kanak.

“RMHC Malaysia komited membantu dan mengubah kehidupan kanak-kanak melalui kesihatan dan kesejahteraan mereka, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Sejak 1999, RMHC Malaysia telah menyumbang sebanyak 35 bilik terapi deria yang dikenali sebagai Bilik Sensori Ronald McDonald (RMSR) yang ditubuhkan di sekolah-sekolah dan pusat perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI