fbpx

Jentera serangan Selangor lebih tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Shahrel (depan) mampu memperkuatan jentera serangan Selangor berdasarkan ketajamannya menjaringkan 10 gol bersama Perak musim ini. - PERAK TBG

KEHADIRAN Shahrel Fikri Md. Fauzi bersama Selangor disambut baik ketua jurulatih pasukan itu, Karsten Neitzel yang percaya bekas penyerang Perak tersebut akan menyerlah bersama skuad kendaliannya pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Shahrel yang lebih mesra dengan panggilan Eky, menjadi pemain pertama yang ditandatangani oleh skuad Gergasi Merah selepas kontraknya bersama Perak berakhir bulan lalu.

Kata Neitzel, Shahrel adalah penyerang tempatan yang cukup berbakat dan lebih penting, usianya juga masih muda sekali gus memiliki potensi untuk mencapai kemuncak karier bersama Selangor.

“Saya sangat teruja apabila Eky dapat menyertai pasukan kami bermula musim depan. Dia telah membuktikan sentuhan penyudah yang berbisa pada musim lalu.

“Jadi, saya percaya Sela­ngor dapat membantunya untuk menjadi pemain yang lebih baik,” katanya dalam satu ke­nyataan semalam.

Sementara itu, penyerang import Selangor, Ifedayo Olusegun mengakui, tidak sabar untuk membentuk gandingan berbisa dengan pemain kebangsaan berusia 26 tahun itu mengha­ru­ngi saingan Liga Super dalam kancah Liga M musim depan.

“Saya percaya pihak pengurusan telah melakukan keputusan yang tepat dengan menanda­ta­ngani khidmat Eky.

“Kehadirannya seperti memberi petanda bahawa pasukan kami sudah bersedia untuk kembali berada di puncak.

“Eky sememangnya memiliki kualiti tersendiri yang mana dia bergelar penjaring terbanyak Liga Super untuk pemain tempatan musim lalu. Jujur saya memang tidak sabar untuk bergan­ding dengannya,” katanya.

Sebagai rekod, Shahrel dianggap sebagai salah seorang pe­nyerang tempatan meningkat naik setelah berjaya meledak 10 gol dalam kancah Liga Super bersama Perak musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI