fbpx

AirAsia lancar muzium dalam talian sempena ulang tahun ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – AirAsia yang menyambut ulang tahun yang ke-19 telah melancarkan Muziu­m Air­Asia, sebuah arkib dalam talian yang mengumpulkan gambar, dokumen dan penerbitan yang berkaitan dengan sejarah Kumpulan syarikat tersebut sejak tahun 2001 hingga tahun 2020.

Muzium maya ini membawa pengunjung melalui pelbagai peristiwa penting dalam perjalanan digital AirAsia yang bermula sejak awal tahun 2002.

Sejarah tercatat apabila ia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang memper­kenalkan tempahan dalam talian secara langsung melalui laman web.

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes berkata, keraguan segelintir pihak terhadap AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang rendah pada 19 tahun lalu masih ada apabila ia mengumumkan transformasi digital pada hari ini.

“Namun, apa yang membezakan kami adalah nilai, pelanggan dan teknologi yang dimiliki, serta usaha berterusan untuk menjadikannya realiti,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tambah beliau, pada ulang tahun ke-19 ini juga, AirAsia.com berbangga menjadi super app yang menawarkan tawaran perjalanan dan gaya hidup terkemuka di ASEAN untuk 17 juta pengguna aktif bulanan yang kian bertambah.

Selain AirAsia.com, syarikat juga memiliki produk dan per­khidmatan yang berkaitan dengan perjalanan, perkhidmatan e-dagang (AirAsia shop, AirAsia food and AirAsia fresh), Teleport (logistik), Santan (francais restoran makanan segera ASEAN), BigPay dan Big Rewards (perkhidmatan teknologi kewangan), serta platform perkhidmatan mesra muslim iaitu Ikhlas.

Selain itu, AirAsia telah menaik taraf langkah-langkah ke­selamatan untuk norma baharu perjalanan udara dengan me­lancarkan pelbagai inovasi tanpa sentuhan seperti pengecaman wajah biometrik (FACES) dan penyerahan dokumen perjalanan dan kesihatan, Scan2Fly dalam talian menjadikan pe­nerbangan bukan sahaja selamat dan berpatutan tetapi juga lebih bersih dan lancar.

Pada bulan September, ia me­lancarkan Asia Digital Enginee­ring sebuah anak syarikat untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk kumpulan syarikat penerbangan airasia serta syarikat penerbangan lain di rantau ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI