fbpx

SPRM buat laporan polis terhadap individu cemar imej mereka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis terhadap tuduhan seorang individu terhadap pegawai agensi itu yang tular baru-baru ini.

Menurut SPRM, individu berkenaan membuat laporan polis setelah dua bulan dilepaskan daripada tahanan reman SPRM.

“Sehubungan itu, seorang pegawai SPRM telah membuat aduan rasmi kepada polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu tersebut dan menggesa polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu.

“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan tersebut benar dilakukan pegawai SPRM namun sekiranya laporan tersebut palsu, individu itu perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Individu tersebut membuat dakwaan diugut dalam siasatan kes Macau Scam baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN