fbpx

YSD sambut ulang tahun ke-10 dengan kejayaan cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Yayasan Sime Darby (YSD), yang ditubuhkan pada 1982 meraikan ulang tahun ke-10 bagi pasukan operasinya dalam satu majlis bertemakan Sedekad Pencapaian Penuh Makna yang diadakan baru-baru ini.

Sejak tempoh itu, YSD telah meluaskan sayapnya daripada menawarkan biasiswa kepada individu cemerlang dan layak kepada pembiayaan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang berkesan, selain pelbagai program jangkauan dan pemba­ngunan.

Pengerusi YSD, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar berkata, kesemua pencapaian organisasi tersebut adalah hasil soko­ngan dan sumbangan berterusan daripada Sime Darby Bhd., Sime Darby Plantation Bhd. dan Sime Darby Property Bhd.

“Kami berharap untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan menjadi pencetus dalam perubahan dunia ke arah yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sejak 1982, YSD telah ­menganugerahkan 4,460 biasiswa bernilai RM289.9 juta kepada pelajar, antaranya Professor Datin Paduka Dr. Soo Teo Hwang, penerima biasiswa YSD pada tahun 1998 yang telah dianugerahkan pencapaian Order of the British Empire (OBE).

Yayasan berkenaan turut menyediakan akses pendidikan untuk kanak-kanak dan remaja terpinggir, termasuk di bawah Yayasan Chow Kit, kanak-kanak autisme di IDEAS Autism Centre serta pelajar kurang bernasib baik di bawah program Pra-Pendidikan Tinggi Universiti Teknologi Mara.

Di bawah tonggak alam sekitar, YSD telah menyokong usaha pemuliharaan 10 spesis haiwan terancam dengan kerjasama bersama lebih daripada 30 rakan projek sepanjang dekad lalu.

Ia turut menanam lebih daripada 1.5 juta pokok di seluruh Malaysia bersama rakan kongsi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi YSD, Dr. Yatela Zainal Abidin berkata, bermula daripada hanya beberapa orang sedekad lalu, pasukan operasi YSD kini berjumlah 30 orang.

“Kami sudah sedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang akan datang, di samping mempertahankan visi kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI