fbpx

Penubuhan RCI TH sedang dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mempertimbangkan mengenai cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat punca sebenar kerugian Lembaga Tabung Haji (TH) dengan teliti seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada 8 Ogos lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, antara perkara sedang diteliti adalah dari aspek perundangan dan kaedah pelaksanaan RCI tersebut supaya penubuhannya mencapai matlamat untuk mencari titik penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak.

“Apa yang paling penting sekarang adalah untuk memastikan adalah segala urus tadbir TH mestilah menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam di negara ini.

“Saya memohon ahli Yang Berhormat dapat memberikan sepenuh kepercayaan kepada kerajaan untuk memelihara kesucian institusi umat Islam ini,” katanya dalam sesi soal jawab di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi mewujudkan RCI berkenaan TH bagi menamatkan polemik politik yang membelenggu institusi tersebut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI