fbpx

Jangan guna label halal sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan menggunakan perbahasaan halal secara palsu untuk memperdaya dan mengelirukan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya akan bekerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan peruncit, pemborong dan pengedar produk daging sejuk beku di seluruh negara.

Alexander berkata, dia juga sudah mengeluarkan arahan kepada Pejabat KPDNHEP pada 4 Disember lalu, untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap peruncit, pemborong dan pengedar produk daging sejuk beku di seluruh negara.

“Pemeriksaan dijalankan secara bersepadu dengan agensi lain khususnya dengan pegawai-pegawai daripada JAKIM dan JAIN. Bermula dari 4 hingga 6 Disember 2020 sebanyak 128 premis telah diperiksa dan tiada tindakan kes diambil selain kes awal di Johor, baru-baru ini.

“KPDNHEP juga bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam isu melibatkan pengimportan produk daging sejuk beku, tindakan penguatkuasaan bersepadu dijalankan bersama dan tindakan kes akan diambil mengikut bidang kuasa agensi masing-masing,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (Pas-Sik) yang ingin tahu perkembangan siasatan dan langkah tegas kementerian dalam menangani kes kartel daging import haram yang turut memproses daging babi di Johor baru-baru ini.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI