fbpx

Balang kosong untuk ahli PKSBRM mulakan perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Balang kosong sebagai dana untuk memulakan perniagaan.

Mungkin kedengaran agak pelik tetapi itu adalah pendekatan terbaik SBR Kencana Global Resources (SBR Kencana Global) melalui Pertubuhan Kebajikan Sentiasa Bersama Rakyat Malaysia (PKSBRM) untuk membantu usahawan berdepan dengan per­sekitaran ekonomi mencabar kini.

Pengurus SBR Kencana Global merangkap pengerusi pertubuhan tersebut, Datuk Seri Sabariah Hashim berkata, ini adalah untuk memberi galakan kepada ahlinya menjana pendapatan berbanding hanya menerima bantuan semata-mata.

Menurutnya, seramai 1,000 ahli pertubuhan tersebut me­nerima RM2,000 seorang untuk dijadikan modal berniaga.

“Lebih menarik sebanyak 800 balang biskut kosong juga diberikan kepada kesemua pene­rima dana itu memulakan perniagaan makanan berkaitan biskut.

“Kita juga berikan mereka ba­lang kosong untuk diisikan biskut dan kemudian kita akan promosi dan jual di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan dana tersebut di Kuantan baru-baru ini.

Selain Pahang, kesemua ahli di 11 negeri lain kecuali Sabah dan Sarawak juga akan menerima dana yang sama.

“Kami mahu biskut yang dihasilkan dan diisi di dalam ba­lang tersebut dihasilkan daripada air tangan mereka dan bukan dibeli secara pukal daripada penge­luar,“ katanya.

Sabariah menerangkan, untuk jangka masa panjang, ahli pertubuhan itu akan digalakkan menawarkan produk lain se­perti pewangi, penjagaan badan dan pakaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI