fbpx

[VIDEO] Mayat tanpa kepala ditemui dalam banglo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi penemuan mayat tanpa kepala

GOMBAK – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tanpa kepala di atas bukit berhampiran hutan tanah rizab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini.

Difahamkan, pihak polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 11.45 pagi.

Kosmo! difahamkan mayat lelaki yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hari itu ditemui dalam sebuah banglo lama kira-kira lima meter dari kaki bukit.

Operasi membawa turun mayat agak sukar susulan pihak berkuasa perlu mengambil masa 30 minit untuk mendaki ke lokasi penemuan mayat.

Operasi membawa turun mayat itu sedang dilakukan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI