fbpx

Curi wang kekasih untuk bayar e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Hanya kerana ingin membayar perkhidmatan e-hailing, seorang lelaki tergamak memecah masuk rumah teman wanitanya sebelum melarikan sejumlah wang RM150 sebelum dicekup di sebuah flat di Taman Sri Andalas di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi, lelaki warga Indonesia tersebut ditahan bersama rakannya yang merupakan warga tempatan dengan masing-masing berusia 20an.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perbuatan tersebut disedari oleh rakan serumah teman wanita kepada suspek berkenaan dalam kejadian berlaku di sebuah rumah di Bandar Botanik pada pukul 12 tengah hari, Sabtu lalu.

Katanya, lelaki tersebut juga sempat mengugut agar tidak memaklumkan kepada kekasihnya sekiranya enggan diapa-apakan selain melarikan dua tabung duit serta wang tunai RM150, sejumlah wang matawang Indonesia dan kad pengenalan Indonesia serta power bank.

“Bertindak hasil maklumat, polis kemudiannya berjaya menahan kedua-dua suspek dalam tempoh kurang 24 jam dengan mereka mengakui melakukan jenayah tersebut.

“Hasil siasatan mendapati suspek turut mengakui mengambil wang tabung berjumlah RM73 bagi membayar perkhidmatan aplikasi e-haling,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsul Amar menambah pihaknya turut merampas sebuah power bank dan sebungkus duit syiling bernilai RM50 dipercayai dicuri suspek-suspek berkenaan.

Jelas beliau, kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI