fbpx

Martion tawar burger daging, stik pada harga diskaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Restoran masakan ala barat di Terengganu, Martion membuat tawaran menarik untuk membolehkan lebih ramai masyarakat dapat menikmati makanan barat khususnya daging premium pada harga serendah RM15.

Pemilik restoran, Amri Yaman berkata, promosi yang bermula sejak Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) November lalu itu telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini dengan menawar burger daging premium yang diimport dari Australia pada harga berpatutan.

 

“Kami melihat peluang yang terbuka luas untuk melakukan kebajikan dan tanggungjawab korporat sosial bagi pihak syarikat.

“Konsep berkongsi rezeki yang kami terapkan ini akan memberi peluang kepada orang ramai
untuk menikmati hidangan burger daging dan stik premium yang dianggap mewah bagi sesetengah kelompok masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Amri menjelaskan, dua restorannya yang terletak di Kuala Terengganu dan Dungun itu kini menawarkan hidangan istimewa burger daging premium pada harga mampu milik iaitu RM15 dan hidangan stik lain de­ngan diskaun 20 peratus.

Tambah beliau, bagi dua menu berkenaan, ia memiliki kualiti rasa dan persembahan hidangan setaraf restoran dan hotel lima bintang.

“Set ini dihidang bersama kentang goreng dan air berkarbonat.

“Sehingga kini, lebih daripada 1,000 unit hidangan burger premium telah dijual.

“Kami amat bersyukur kerana dapat berkongsi kelazatan da­ging burger premium ini kepada orang ramai ketika sebahagian daripada mereka terjejas dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar,” kata­nya.

Amri menerangkan, konsep ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi menggalakkan kunjungan pelanggan ke restoran berkenaan sekali gus menaikkan imej serta jenama premis tersebut.

Selain burger daging premium, Martion turut menyediakan hidangan ala barat lain seperti premium western, premium steak, wagyu, angus, dry age, tomahawk, lamb shank dan beef short rib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI