fbpx
Mayat wanita dan dua kanak-kanak dibawa keluar dari rumah kedai yang terbakar sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Wanita, dua kanak-kanak ditemui maut dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR – Tiga individu termasuk dua kanak-kanak ditemui maut dalam satu kejadian kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Kampar Barat 3, Taman Kampar Putra di sini hari ini.

Bagaimanapun, identiti ketiga-tiga mereka masih belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang wanita berusia 35 tahun manakala seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Nor Rasidamayati Abd. Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.03 pagi sebelum sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar bergegas ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, anggota terpaksa memecah masuk premis di tingkat satu dengan menggunakan kapak kerana pintu berkenaan berkunci dari dalam.

“Keadaan ruang kedai berkenaan pula dipenuhi asap. Anggota berjaya memadam kebakaran dalam tempoh tiga minit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian sebentar tadi.

Katanya, ketiga-tiga mayat ditemui atas katil pada 10.20 pagi dalam keadaan terbakar 70 peratus sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan bomba dan polis,” katanya. – K! ONLINE