fbpx

[KEMASKINI] KWSP Johor Bahru tutup 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis pengumuman KWSP Johor Bahru ditutup bermula 6 Disember hingga 8 Disember. Foto: SHARKAWI LONDING

JOHOR BAHRU – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) cawangan Johor Bahru ditutup tiga hari susulan terdapat kakitangannya positif Covid-19.

Penutupan cawangan itu bermula hari ini sehingga Selesa ini sebagai langkah berjaga-jaga selain proses sanitasi akan dilakukan.

Segala urusan di cawangan KWSP Johor Bahru ditangguhkan sebelum beroperasi semula hari Selasa depan.

Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai hadir untuk berurusan terpaksa akur dengan penutupan cawangan terbabit.

Seorang suri rumah, Norazizah Mian, 45, berkata, dia datang ke cawangan KWSP untuk mendaftarkan I-Sinar.

“Saya sampai dalam 15 minit tadi, bila dah sampai tengok ada notis memaklumkan KWSP ditutup tiga hari.

“Saya tanya anggota keselamatan bertugas dia cakap ada kakitangan positif Covid-19,” katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular di media sosial memaklumkan KWSP Johor Bahru ditutup.

Menerusi rakaman itu, seorang pegawai dipercayai pengawai keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru.

“Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Covid-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,”katanya.

Kosmo! akan mendapatkan kepastian berhubung kejadian ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI