fbpx

Ahmad Zahid menghadap Sultan Perak di Istana Kinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Foto: ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahmad Zahid tiba dengan menaiki kereta jenis Toyota Vellfire pada pukul 9.45 pagi.

Difahamkan, kehadiran Ahmad Zahid itu bagi menyembah maklum kepada Sultan Nazrin hasil Menyuarat Khas Perhubungan UMNO Perak yang diadakan di Bangunan UMNO Perak malam tadi.

Terdahulu, pengamal media yang menunggu Ahmad Zahid pada majlis itu sejak pukul 8 malam gagal mendapat komen beliau yang bertindak mengunci mulut.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan dalam undi usul percaya terhadap beliau.

Dalam undian daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, sebanyak 48 undi menolak usul percaya berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

Usul tersebut dibawa ADUN Pengkalan Baru dari UMNO, Abd. Manaf Hashim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI