fbpx
Ismail Sabri

193 ditahan gagal patuh jarak fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Seramai 193 individu ditahan polis semalam ekoran gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 518 individu yang ditahan selain seorang direman dan selebihnya dikompaun.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (193), aktiviti pusat hiburan (119), tidak memakai pelitup muka (71), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (58) dan lain-lain (77),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, bekalan keperluan harian disifatkan mencukupi serta mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan.

“Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 656 premis perniagaan termasuk peruncit (462), pemborong (163) dan pengilang (31).

“Pegawai terbabit juga melakukan 550 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan mendapati semua premis mematuhinya,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan juga menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian. – K! ONLINE

POPULAR