fbpx

PPS SK Changkat Lobak ditutup, tiada lagi banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 27 mangsa banjir di PPS SK Changkat Lobak, Bagan Serai kini telah dibenarkan pulang selepas banjir surut sepenuhnya hari ini.

BAGAN SERAI – Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di sini ditutup sepenuhnya petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd. Sabli Bakri berkata, PPS berkenaan sebelum ini menempatkan seramai 27 orang mangsa banjir daripada lapan keluarga sejak dibuka pada 30 November lalu.

“PPS SK Changkat Lobak ditutup pada pukul 6 petang berikutan banjir telah pulih sepenuhnya di kawasan kediaman rumah penduduk di Kampung Matang Tengah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua agensi terlibat yang telah membantu mangsa banjir di PPS ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, PPS SK Changkat Lobak telah ditutup pada 28 November lalu, namun dibuka semula pada 30 November berikutan air banjir naik kembali di kampung berkenaan.

Dengan penutupan PPS tersebut, tiada lagi mangsa banjir di Perak.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI