fbpx

Lelaki menyamar sebagai pegawai polis ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK cuba mengacukan pistol kepada seorang pelayan restoran.

PETALING JAYA – Seorang lelaki tempatan yang menyamar sebagai pegawai polis ditahan bersama dua lelaki yang lain kerana mengugut seorang pelayan restoran di sini semalam.

Polis Daerah Petaling Jaya menerima satu laporan kejadian kes ugutan jenayah dengan menggunakan objek menyerupai pistol dan menyamar sebagai pegawai polis pada pukul 11.10 pagi, semalam sebelum menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 19 hingga 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek melakukan jenayah tersebut pukul 9.18 malam semalam di sebuah restoran di sebuah Hotel di sini.

“Kejadian berpunca apabila mangsa merupakan seorang pelayan restoran di hotel tersebut, tidak mengetahui maklumat seorang pelanggan tetap berpangkat Datuk Seri di restoran terbabit yang diminta suspek.

“Suspek kemudian bertindak agresif lalu mengacukan objek yang menyerupai sepucuk pistol ke arah mangsa dan mendakwa bahawa dia adalah seorang anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, suspek utama berusia 22 tahun itu, mengaku terlibat dalam kes tersebut dan membeli senjata api itu di media sosial dengan harga RM1,030.

“Semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas sepucuk pistol tiruan, satu kelopak kosong pistol, dua buah telefon bimbit dan dua buah kereta jenis Toyota Vios serta Toyota Velfire,” ujarnya.

Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, dua lagi suspek yang ditahan tidak mengaku terlibat dalam kes yang disiasat.

“Suspek utama ditahan reman selama empat hari manakala dua lagi suspek diberi jaminan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI