fbpx

Jumpa kepala anak patung tertanam dalam dinding rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepala anak patung yang tertanam di dalam dinding sebuah rumah di New York baru-baru ini. - TWITTER

NEW YORK – Seorang wanita terkejut apabila menemui kepala anak patung tertanam dalam dinding rumahnya di tingkat bawah tanah di bandar raya New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, lapor akhbar The Sun UK.

Adik kepada wanita berkenaan berkata, anak patung patung itu disedari selepas kakaknya baru berpindah ke rumah berkenaan.

Sekeping gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kepala anak patung bersaiz kecil itu kelihatan seperti tertanam di dalam salah satu blok konkrit di ruang bawah tanah.

Kepala anak patung berkenaan mempunyai warna yang pucat dan bermata biru serta pipi gebu kemerah-merahan serta bibir merah jambu.

Kepala anak patung berkenaan dijumpai di bilik bawah tanah rumah itu. – TWITTER

“Kakak saya baru berpindah ke rumah baharu dan menemui ini pada dinding di tingkat bawah tanah,” tulisnya di laman Twitter.

Gambar tersebut turut mendapat pelbagai komen daripada pengguna laman sosial tersebut yang mencadangkan wanita itu supaya berpindah kerana ditakuti berhantu.

“Kamu patut berpindah dengan segera,” tulis seorang netizen.

“Pindah hanya jika ada darah keluar daripada paip air. Pada masa itu baru kamu tahu ia adalah masa sesuai untuk pergi,” ujar seorang lagi netizen.

Selain itu, seorang netizen berkata, anak patung yang ditanam pada dinding tersebut didakwa merupakan satu trend penduduk di bandar raya New York dan negeri California di sekitar penghujung tahun 1960-an dan awal 1970-an.

“Itu adalah patung bayi bilik bawah tanah. Ia sudah menjadi satu trend pada penghujung tahun 1960-an dan awal 1970-an di bandar raya New York dan California untuk menanam beberapa bahagian anak patung pada dinding rumah termasuk bilik bawah tanah.

“Sesetengah daripada mereka turut menanam barangan lain termasuk keratan akhbar dan wang tunai,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI