fbpx

1,123 kes positif, empat kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,123 kes dengan kes tertinggi kembali dicatatkan di Sabah sebanyak 391 kes.

Angka kes jangkitan juga termasuk daripada empat kluster baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 71,359 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,118 kes adalah penularan tempatan manakala lima adalah kes import.

“Terdapat empat kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Batu Tiga dan Kluster Jalan Domis di Sabah serta Kluster Andalas dan Kluster Tapak Bina Bulatan masing-masing di Klang dan Titiwangsa.

“Pada masa sama, lima kluster ditamatkan iaitu Kluster Fores, Kluster Aero, Kluster Sungei Way, Kluster Baki dan Kluster Seladah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, empat lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan tiga warganegara dan satu warga asing menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 380.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,143 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 60,204 setakat hari ini.

“Sebanyak 130 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 54 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI