fbpx

Lelaki Bangladesh maut dihempap tiang cerucuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap tiang cerucuk di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja lelaki warga Bangladesh maut, manakala rakannya lelaki warga Indonesia cedera ringan selepas dihempap binaan konkrit yang runtuh ketika melakukan kerja pembinaan di Kawasan Perindustrian Valdor, Simpang Ampat di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu melibatkan mangsa yang dikenali sebagai Md. Shriful Islam, 33, manakala mangsa yang cedera berusia 50 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mendapati dua lelaki telah tersepit di bawah binaan konkrit tiang cerucuk.

“Mangsa pertama iaitu warga Indonesia hanya cedera ringan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba dan dia segera dibawa ke Hospital Sungai Bakap (HSB) bagi rawatan.

“Manakala mangsa kedua iaitu warga Bangladesh telah disahkan meninggal dunia dan mayat berjaya dikeluarkan pada pukul 11.02 pagi sebelum operasi ditamatkan pukul 11.32 pagi,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Difahamkan mayat mangsa telah dibawa oleh pihak polis ke HSB bagi urusan bedah siasat.

Operasi berkenaan digerakkan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI