fbpx

Inix ambil alih kepentingan dalam L&S Glove

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fuzi (dari kiri) ketika meninjau kilang milik L&S Gloves di Beranang, Selangor bersama Naib Pengerusi Inix, Datuk Tan Choon Hwa (tengah) dan Pengarah L&S Gloves, Teo Xiong Sheng.

PETALING JAYA – Inix Technologies Holding Berhad. (Inix) telah mengambil alih syarikat pengeluar sarung getah, L&S Gloves Sdn. Bhd. (L&S Glove) selepas membeli 51 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit.

Pengerusi Inix, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pengambilalihan itu termeterai apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani memorandum perjanjian (MoA) rasmi hari ini selepas sehari Lembaga Pengarah Inix melawat tapak ke kilang milik L&S Gloves di Beranang, Selangor semalam.

Menurut beliau, langkah pengambilalihan syarikat itu adalah langkah tepat dibuat kumpulan itu dalam usaha untuk meneroka bidang baharu dan cuba memasuki sektor sarung tangan getah.

“Syarikat kami (Inix) aktif meneroka peluang dalam membangunkan sektor perniagaan baharu.

Penyertaan kami di dalam industri sarung tangan getah bagi mencipta nilai untuk syarikat dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kami telah membayar 45 peratus deposit untuk mengambilalih L&S Gloves dan kami percaya pengambilalihan ini akan memberi sumbangan positif kepada keuntungan masa depan kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah L&S Gloves, Teo Yoek Leong berkata, dengan penyertaaan Inix, pihaknya boleh mengembangkan perniagaan sarung tangan getahnya ke pasaran antarabangsa dan sekali gus dapat membantu melawan pandemik Covid-19 yang masih menular ketika ini.

Jelas beliau, jumlah pelaburan Inix ke dalam projek ini dianggarkan bernilai kira-kira RM50 juta.

“Kami akan memastikan dua barisan pengeluaran ini akan dapat digerakkan serta-merta dan dalam tempoh setahun ini kami merancang untuk mengembangkan pengeluaran sehingga 14 barisan,” tegasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI