fbpx

Berjalan kaki 400 kilometer selepas dimarahi isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki Itali dipercayai berjalan sejauh 400 kilometer selepas bertengkar dengan isteri (Gambar Hiasan). - Clem Onojeghuo/Unsplash

MILAN, Itali – Seorang lelaki berjalan kaki sejauh 418 kilometer (km) dengan niat mahu menenangkan diri selepas bertengkar dengan isterinya, lewat bulan lalu.

Lelaki berusia 48 tahun itu hanya berhenti berjalan selepas ditahan oleh kereta polis peronda di Gimmara, lebih 400 km dari kampung halamannya di Como, utara Milan.

Polis mengenal pasti identiti lelaki itu menerusi laporan orang hilang yang dibuat oleh isterinya apabila dia tidak pulang ke rumah sejak seminggu lepas, lapor Oddity Central.

“Saya berjalan kaki tanpa tujuan sejak keluar dari rumah. Ada beberapa orang menawarkan makanan dan minuman bila mereka melihat saya di tepi jalan.

“Saya okey cuma sedikit penat,” katanya.

Polis mempercayai cerita lelaki itu namun ia tidak cukup untuk dia melepaskan diri daripada denda melanggar waktu perintah berkurung sebanyak $490 (RM1,989).

Polis turut menempatkan lelaki itu di sebuah hotel berhampiran sementara menunggu isterinya datang menjemputnya pulang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN