fbpx

Malaysia disenarai di tangga pertama dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia disenaraikan di kedudukan pertama daripada 81 buah negara dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global, yang menilai ekosistem nasional terbaik untuk menyokong pembangunan ekonomi Islam.

Petunjuk tersebut adalah sebahagian daripada Laporan Ke­wadaan Ekonomi Islam Global (SGIE) 2020/21 yang dikeluarkan firma penyelidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Dinar Standard.

Ia juga meletakkan Arab Saudi di tangga kedua, Emiriyah Arab Bersatu (ke-3), Indonesia (ke-4) dan Jordan (ke-5).

Antara negara baharu yang menduduki kelompok 15 teratas ialah Singapura, Sri Lanka dan Nigeria.

Pengasas #HaveHalalWillTravel, Mikhail Melvin Goh berkata, rantau Asia Tenggara adalah pemain kritikal dalam ekonomi Islam global.

“Selain peneraju pasaran se­perti Malaysia dan Indonesia, negara seperti Singapura, Thailand, Filipina, Korea Selatan dan Brunei turut menyerlah dalam laporan ini.

“Thailand misalnya, berada pada kedudukan ke-14 dalam ­eksport produk halal global de­ngan nilai RM18.86 bilion dan me­nerima 4.48 juta pelancong Muslim pada 2019,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Berdasarkan laporan ber­kenaan, masyarakat Muslim glo­bal dianggarkan membelanjakan sejumlah AS$2.02 trilion (RM8.24 trilion) pada 2019 untuk makanan, farmaseutikal, kosmetik, fesyen sopan, pelancongan dan media.

Menurutnya, perbelanjaan Muslim pada 2020 dijangka merosot sebanyak lapan peratus, impak pandemik.

“Bagaimanapun perbelanjaan, tidak termasuk pelanco­ngan dijangka kembali melonjak menje­lang akhir 2021 dan ia di­sasarkan mencapai AS$2.3 trilion  (RM9.38 trilion) menjelang 2024, pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 3.1 peratus.

“Aset kewangan Islam pula diunjurkan mencecah AS$2.88 tri­lion (RM11.74 trilion) pada 2019 dan kekal di tahap sama pada 2020,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI