fbpx

Lari daripada polis, pencuri jatuh dalam najis lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kereta curi jatuh dalam lubang najis lembu di Sussex, England. - Sussex Police

LONDON – Seorang pencuri kereta menerima balasan setimpal apabila terjatuh dalam lubang dipenuhi najis lembu ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Menerusi satu kemas kini jabatan polis Sussex di laman Facebook, suspek didakwa seorang penumpang sebuah kereta curi.

Suspek berjaya ditahan polis yang turun dan menariknya keluar dari lubang tahi lembu itu.

“Terima kasih kepada anggota yang bertugas, suspek berjaya ditahan dan selamat cuma badan mereka semua dipenuhi najis lembu,’ tulis status itu.

Tidak cukup dengan insiden memalukan itu, seluar suspek ketika ditahan sedikit terlondeh dan menampakkan seluar dalamnya saat tangannya digari.

Foto itu mengundang jenaka netizen yang meninggalkan komen-komen melucukan.

“Nampaknya tiada wangian ros menuju ke penjara,” tulis seorang pengguna. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN