fbpx

Jualan Proton meningkat 18 % kepada 11,411 unit bulan November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Angka jualan Proton di pasaran domestik dan luar negara pada November lalu meningkat 18 peratus kepada 11,411 unit kenderaan berbanding bulan sama pada 2019.

Prestasi itu menyumbang kepada jualan keseluruhan berjumlah 96,410 unit pada 2020, bersamaan penambahan sebanyak 7.5 peratus berbanding tahun lalu dengan pegangan pasaran dianggarkan sebanyak 20.1 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, jualan kenderaan di Malaysia melebihi jangkaan yang dibuat pada awal tahun dan pihaknya menganggarkan kadar keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 56,000 unit bagi bulan ketiga berturut-turut.

Jelasnya, situasi ini kebiasaannya berpunca daripada tawaran akhir tahun oleh jenama kende­raan, selain insentif Penjana dan pelancaran model baharu seperti Proton X50 yang telah meningkatkan jumlah jualan.

“Bagi Proton, tumpuan kami difokuskan kepada kualiti produk dan khidmat pelanggan.

“Kami akui, kadar penghantaran Proton X50 masih belum sampai tahap maksimum, tetapi kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan pelanggan menerima produk terbaik yang memenuhi harapan mereka.

“Jumlah kenderaan yang dihasilkan akan meningkat setiap bulan untuk mengurangkan tempoh menunggu dan kami berharap para pelanggan boleh bersabar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam pada itu, Roslan berkata jualan eksport akan terus menjadi salah satu tunggak utama syarikat bagi 2021 dan disebabkan prestasi di pasaran tempatan telah stabil, lebih penekanan diberi kepada usaha menjadikan Proton jenama automotif serantau dan global.

“Sebagai syarikat automotif nasional, kami mewakili Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI