fbpx

Aksi Kelleher berjaya pikat Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELLEHER (kanan) berjaya memastikan gawang Liverpool terus utuh ketika mereka mengatasi Ajax 1-0 awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji prestasi yang dipamerkan penjaga gol muda, Caoimhin Kelleher yang membuat debut pertama Liga Juara-Juara selepas membantu pasukan menewaskan Ajax Amsterdam 1-0 awal pagi semalam.

Sebagai rekod, Klopp telah memberi peluang buat Kelleher selepas penjaga gol utama Liverpool, Allison mengalami kecede­raan hamstring pada minggu lalu.

Kata Klopp, kepercayaan yang diberikan kepada Kelleher telah dibalas dengan baik oleh penjaga gol berusia 22 tahun itu dengan memastikan pasukan menang tanpa dibolosi meskipun pasukan lawan memiliki rentetan peluang terbaik.

“Dia (Kelleher) memiliki masa depan yang sangat cerah dan saya sangat gembira apabila keputusan untuk meletakkannya dalam kesebelasan utama dibalas dengan baik.

“Saya boleh memberi peluang kepada penjaga gol No. 2 kami, Adrian tetapi saya percaya Kelleher layak untuk membuat penampilan debut dalam pentas Liga Juara-Juara memandangkan dia memiliki kualiti tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Kelleher me­ngakui aksi yang dipamerkan pada perlawanan tersebut cukup membanggakan terutama apabila berjaya membantu pasukan mengesahkan tiket ke pentas kalah mati Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

“Ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan kerana bukan mudah untuk membuat penampilan debut dalam Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya gembira apabila kepercayaan pengurus telah dibalas dengan sempurna,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI