fbpx

11 polis termasuk kaki tangan awam, ahli keluarga positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seramai lima pegawai dan anggota, dua pegawai awam serta empat ahli keluarga polis di negeri ini disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes itu melibatkan individu yang bertugas di tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu IPD Batu Pahat, Johor Bahru Selatan serta Iskandar Puteri.

“Bagi IPD Batu Pahat, dua anggota berpangkat rendah dan dua pegawai awam disahkan positif Covid-19 dan seramai 40 pegawai serta anggota termasuk ahli keluarga diarahkan menjalani kuarantin.

“IPD Johor Bahru Selatan pula melibatkan dua anggota selain 63 individu sedang menjalani kuarantin,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, manakala IPD Iskandar Puteri pula seramai seorang pegawai kanan serta empat ahli keluarganya disahkan positif.

Katanya, seramai 112 individu dikenakan kuarantin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI