fbpx

Nescafe Classic Kopi Kedah! cetus pengalaman baharu kepada peminat kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Nestle Malaysia memperkenalkan Nescafe Classic Kopi Kedah! yang dihasilkan daripada kopi se­maian tempatan 100 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Bhd. Juan Aranols berkata, produk baharu itu diperbuat daripada biji kopi tempatan menerusi program Nescafe Grown Respectfully (Nescafe Disemai dengan kasih), sebuah inisiatif perladangan kopi mampan yang dilancarkan di Kedah tahun lepas.

Biji kopi yang dipanggang sehingga sempurna dan dikisar menjadi serbuk kopi halus itu menjanjikan nikmat aroma ­dengan cita rasa Nescafe Classic bakal mencetus pengalaman kopi tempatan yang benar-benar asli.

Sebagai penghormatan kepada produk 100 peratus semaian tempatan ini, Nescafe Classic Kopi Kedah! serba baharu itu dibungkus dalam tin aluminium koleksi khas bercorak batik tradisional, bagi menyerlahkan hasil seni tempatan.

“Kami telah menyokong masyarakat luar bandar di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya.

“Kami terlibat dengan ­projek mengusahakan ladang cili dan sawah padi di beberapa negeri dan kini berbangga untuk memulihkan semula perladangan kopi di Kedah bagi menghasilkan produk unik ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman Nestle, Othman Chraibi menerangkan, ini merupakan permulaan yang sangat baik bagi program tersebut yang mana hingga kini syarikat menyaksikan penyertaan lebih 100 peladang, menanam hampir 70,000 anak pokok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI