fbpx

MNRB catat untung bersih RM93.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jumlah premium kasar dan sumbangan takaful MNRB Holdings Bhd. (MNRB) meningkat sebanyak 6.5 peratus kepada RM1.14 bilion pada separuh tahun pertama 2021 (TK2021) berbanding RM1.07 bilion yang dicatat separuh tahun pertama 2020.

Keuntungan bersih kumpulan pula bertambah 7.9 peratus kepada RM93.2 juta berbanding RM86.4 juta yang dicatatkan sebelum ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB yang baharu dilantik, Zaharudin Daud berkata, Kumpulan terus kekal berdaya tahan untuk separuh tahun pertama TK2021 walaupun berada dalam persekitaran ekonomi yang mencabar kini.

“Kami berjaya melalui kekangan tersebut dan meneruskan perniagaan semasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Zaharudin menerangkan, subsidiari insurans semula MNRB, Malaysian Reinsurance Bhd. (Malaysian Re) pula mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus dalam premium kasar kepada RM671.5 juta berbanding RM634.2 juta yang dicatat tempoh sama tahun sebelumnya.

Mengulas mengenai perniagaan antarabangsa, Zaharudin berkata, rancangan untuk membangunkan semula perniagaan antarabangsa telah mula membuahkan hasil dan Kumpulan menjangkakan pertumbuhan ini akan kekal berterusan pada suku-suku tahun kewangan yang akan datang.

Bagi subsidiari takaful keluarga Kumpulan, iaitu Takaful Ikhlas Family Bhd. (Takaful Ikhlas Fa­mily), mecatatkan penurunan sumbangan kasar sebanyak 8.3 peratus kepada RM 264.0 juta pada TK2021 berbanding RM287.8 juta yang dicatatkan sebelumnya.
Keuntungan bersihnya merosot kepada RM13.6 juta berbanding RM34.6 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI