fbpx

Devan jurulatih baharu NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEVAN telah terbukti seorang jurulatih yang berkaliber selepas berjaya mengendalikan pasukan-pasukan gergasi di Malaysia.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

PASUKAN Liga Premier, Negeri Sembilan FC (NSFC) mengambil langkah melantik K. Devan, 59, sebagai ketua jurulatih baharu sebagai persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurut Tunku Besar Tampin merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, pemilihan Devan itu dilakukan setelah satu temu duga dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif PBNS kelmarin.

“Satu keputusan telah dicapai melalui kata sepakat untuk melantik Devan sebagai ketua jurulatih pasukan Liga Premier NSFC bagi musim 2021,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook PBNS semalam.

Tambah Tunku Syed Razman, pengalaman serta pelbagai kejayaan yang pernah diraih Devan sebelum ini mampu membantu NSFC untuk layak ke Liga Super 2022.

“Seperti sedia maklum, Devan merupakan pemain Negeri Sembilan dan jurulatih tempatan yang berpengalaman serta antara jurulatih yang mengumpul trofi kejuaraan paling banyak sepanjang karier sebagai ketua jurulatih.

“Anak kelahiran Bahau, Negeri Sembilan itu pernah mencapai pelbagai kejayaan dengan kelab-kelab yang pernah dibimbingnya dan saya yakin dengan pengalaman serta pencapaian beliau sekali gus dapat membimbing Negeri Sembilan untuk layak ke saingan Liga Super 2022,” ­katanya.

Selain mengendali Petaling Jaya City FC, Devan pernah mengendalikan pasukan Selangor pada 2009 sehingga 2011 dan Felda United pada tahun 2013.
Musim lalu, Negeri Sembilan berada di kedudukan kedua ter­corot dalam Liga Premier.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI