fbpx

SPA9 hadapi masalah teknikal sejak 20 November lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) menghadapi masalah teknikal seiak 20 November 2020 sehingga kini.

SPA dalam kenyataan berkata, masalah teknikal itu menyebabkan maklumat tertentu yang telah didaftarkan atau dikemaskini oleh pemohon di dalam SPA9 tidak dapat dipaparkan walaupun berjaya disimpan.

“SPA memberi jaminan bahawa maklumat yang disimpan di dalam sistem tidak hilang.

“Pada masa ini, semua maklumat permohonan pekerjaan yang telah didaftarkan di dalam SPA9 akan dipindahkan secara berperingkat ke dalam Sistem Utama SPA sehingga 7 Disember ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, maklumat pemohon di menu Semakan Permohonan di dalam SPA9 akan dipaparkan mulai 8 Disember ini.

Menurutnya lagi, urusan tapisan bagi iklan jawatan yang sedang atau telah berlangsung juga akan dilaksanakan setelah selesai tempoh pemindahan data.

“Segala kesulitan yang dihadapi oleh pemohon amat dikesali dan SPA akan memastikan masalah ini diselesaikan sepenuhnya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI