fbpx

Sembilan anggota bomba Ipoh negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Keputusan ujian saringan Covid-19 ke atas 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh mendapati sembilan daripada mereka disahkan negatif.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, keputusan ujian bagi dua lagi anggota akan diketahui dalam masa terdekat.

“Kesemua mereka yang merupakan kontak rapat seorang anggota dari balai bomba sama yang disahkan positif Covid-19 kini menjalani kuarantin di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu Ulu Kinta.

“Selain itu, 12 anggota lain dalam pasukan C BBP Ipoh turut menjalani ujian calitan Covid-19 semalam dan turut dikuarantin sementara menunggu keputusan ujian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan, seorang anggota BBP Ipoh berusia 30-an disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lalu.

Anggota terbabit kini menjalani rawatan dan ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton Perak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN