fbpx

GKP 2.0 dibuka untuk rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengemukakan rayuan bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 bermula 7 hingga 21 Disember ini.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak dan dinilai semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau berkata, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

“Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro.

“Sehubungan itu, GKP dan GKP 2.0 adalah komitmen berterusan kerajaan dalam membantu PKS mikro yang terjejas,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, GKP dan GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan.

Tengku Zafrul berkata, bantuan itu bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak Covid-19.

“Di samping itu, bantuan ini bermatlamat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan PKS mikro.

“Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion,” katanya.

Justeru, bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan LHDN.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI