fbpx

Deepika berterima kasih kepada SRK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEEPIKA PADUKONE

PELAKON Deepika Padukone menyifatkan filem berjudul Om Shanti Om lakonannya bersama Shah Rukh Khan (SRK) sebagai karya yang bertanggungjawab menyinarkan namanya dalam arena industri filem Bollywood.

Luahan tersebut dirakamkan Deepika menerusi video sempena 13 tahun dia berada dalam industri. Dia bercerita betapa pengalamannya berlakon di samping hero nombor satu Bollywood itu amat berharga dan sungguh luar biasa.

“Sejujurnya aku seperti tidak percaya usia Om Shanti Om telah memasuki 13 tahun.

“Selepas kejayaan filem tersebut, aku telah melalui satu pengalaman hidup yang luar biasa. Terima kasih semua,” ujarnya.

Isteri kepada Ranveer Singh itu turut bersyukur kerana ditengah-tengah penularan Covid-19, hubungannya dengan suami menjadi semakin dekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI