fbpx
SAFAWI (kanan) kekal gigih menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan meskipun masih belum membuat kemunculan bersama Portimonense SC musim ini. – FACEBOOK PORTIMONENSE SC

Bukan mudah tembusi skuad utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya peminat bola sepak tidak perlu menekan butang panik selepas menyaksikan pemain sensasi negara, Safawi Rasid belum membuat kemunculan debut bersama Portimonense SC musim ini.

Sebagai rekod, hasrat peminat negara melihat kelibat Safawi yang berada dalam skuad utama skuad Portimonense menentang Nacional pada aksi liga utama Portugal awal pagi semalam tidak kesampaian.

Safawi yang dipinjamkan selama semusim daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sekali lagi memanaskan bangku simpanan ketika pasukan kendalian Paulo Sergio melakar kemenangan 1-0.

Cheng Hoe berkata, situasi yang dialami oleh tonggak berusia 23 tahun itu adalah sangat normal kerana bukan mudah untuk menembusi skuad utama pasukan berpangkalan di Eropah terutama Portugal.

“Peminat Malaysia perlu faham liga di Portugal sangat kompetitif dan kita tidak perlu risau dengan situasi semasa yang dialami oleh Safawi kerana proses untuk beraksi memang tidak semudah disangka.

“Apa yang penting, penghijrahannya ke Eropah sudah memberi perkembangan positif buat bola sepak negara kerana dia sudah menjalani latihan yang cukup intensif sepanjang dua bulan ini.

“Justeru, saya sangat-sangat yakin selepas ini peluangnya untuk beraksi akan hadir mungkin dimasukkan sebagai pemain simpanan terlebih dahulu dan kita perlu percaya dengan peran­cangan pasukan (Portimonense),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Perlawanan semalam ­menyaksikan Safawi berada di bangku simpanan buat kali ketiga selepas turut tersenarai ketika berdepan FC Porto dan Leiria pada aksi pusingan ketiga Piala Portugal, bulan lepas.

Pemain negara kelahiran Terengganu itu sebelum ini ­hanya membuat satu kemunculan bersama skuad bawah 23 (B-23) tahun Portimonense ketika tewas 1-3 kepada Sporting Lisbon dalam aksi Liga Revelacao B-23 di pada 16 Oktober lalu.

POPULAR

BERITA BERKAITAN